RP DAH DIPOTONG TAPI CUSTOMER KATA TAK RELOAD LAGI  

Posted by Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan in , ,



Satu pengalaman yang Trisha nak kongsi dengan semua ialah sejak Trisha mempunyai tajaan-tajaan rupa-rupanya banyak perkara berbangkit yang Trisha sendiri pon dah tak perasan lagi...masa mula-mula join MasterEload dulu...yes ada gak masalah yang sama tapi lama-kelamaan alah tegal biasa...!Kemudian lama-kelamaan Trisha dah tau cane nak handle..jadi Trisha harap tajaan-tajaan baru join...akan bersabar ...stay cool , beb!



Jadi, Trisha akan cuba senaraikan kemusykilan-kemusykilan yang timbul and tengok penyelesaian yang ada ok!


1) DIGI autoreload cuma beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam ...




SEBAB: DIGI centre akan menutup operasi autoreloadnya pada jam 12 tengahmalam. Memandangkan DIGI mempunyai ramai users, maka kadang-kadang berlaku rantaian pelanggan yang panjang dan memerlukan masa untuk reload...2 jam sebelum pukul 12 untuk memastikan semua pesanan DIGI telah direload kepada para pelanggan.




PENYELESAIAN : MasterEload telah menyediakan DIGI dalam bentuk pin nombor dan boleh dipesan dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi. Arahan untuk reload : *123*pinnombor# kemudian tekan butang call




2) Ini satu lagi citer pesal DIGI .. selalunya bila kita reload DIGI pada waktu pagi terutama dalam jam 9 - 10 pagi...biasanya reload tersebut agak lambat sikit kerana pada waktu yang sama berpusu-pusu users DIGI hendak menambah nilai kredit handphone mereka... kerana DIGI baru sahaja membuka 'ofis'nya walaupun DIGI menyediakan beberapa mesin tambah nilai namun trafik di waktu sesak ni telah menyebabkan rantaian users yang ramai..




Oleh yang demikian, DIGI memerlukan lebih masa dari biasa untuk menambah nilai handphone anda ...! Kadang-kadang DIGI memerlukan masa lebih dari 30 minit untuk reload..so untuk mengelakkan konflik dengan pelanggan, beritau pelanggan tentang situasi ini dan biar mereka membuat keputusan samada mahu menambah nilai dengan kita atau tidak ...




Reload lambat ini kadang-kadang boleh berlaku pada waktu-waktu lain gak...jadi biasanya Trisha awal-awal lagi dah beritau customer tentang ini dan biarkan customer buat keputusan samada nak meneruskan pembelian atau tidak...setakat ini, pendekatan ini mengurangkan rasa panik di kalangan customer ... Ini bukan sahaja untuk DIGI, tetapi juga untuk MAXIS.




MasterEload sentiasa berusaha mengemaskinikan status CENTRES setiap masa dan akan membuat pengumuman berkaitan dalam setiap sms pengesahan pesanan yang kita terima...pastikan kita membaca sms pengesahan pesanan sampai habis ...sbb kadang-kadang kita hanya membaca yang awalnya sahaja dan tidak perasan pengumuman syarikat di bahagian akhir sms.




3) Ermmmm ni lagi satu kes...customer mintak balik duit bila reload lambat atau depa claim tak masuk lagi. Macam yang berlaku kepada agen Trisha baru-baru ini , dier menambahnilai handphone customer ni jam 2 pagi ... tapi tak masuk-masuk then customer bising-bising mintak balik duit..okei lar agen Trisha ni pon pulangkan balik duitnya...jadik citer paginya dalam kol 10 Trisha telefon ofis tanya status ... rupa-rupanya handphone customer ni dah direload jam 9 pagi kerana masalah teknikal pada waktu pesanan dibuat .. best part, customer ni dah dapat reload pon masih tak bercerita yang dier dah dapat reload tu smpai artikel nie ditulis....




PESANAN untuk agen Trisha : Pastikan anda telah menerangkan serba ringkas bagaimana MasterEload beroperasi...kena jelaskan pada mereka, kita bukannya syarikat Telco seperti Celcom, Maxis atau DIGI tetapi kita merupakan orang tengah seperti orang yang mempunyai kedai prepaid ... sekiranya wujud masalah berbangkit, kena bertoleransi kerana SATU PERKARA PASTI kita tak seleweng duit top up dier...




Trisha sendiri pernah berhadapan dengan perkara sebegini, tetapi Trisha cool je..sebb Trisha tau lambat laun apa jua ianya akan diselesaikan oleh syarikat kerana mereka sentiasa memantau perjalanan tambah nilai melalui sistem mereka. Namun begitu , mereka juga insan biasa perlukan waktu tidur..sekirnya top up anda bermsalah selepas 12 tengah malam ... anda boleh menghnatar sms repot dan syarikat akan menyelesaikannya di waktu pagi ...kdang-kadang seblum kol 9 pagi ..depa dah setelkan ....tak semestinya tunggu waktu pejabat ...




APA YANG PERLU AGEN LAKUKAN : Mula-mula terangkan kemungkinan masalah...walaupun sebenarnya kes-kes ini amat terpencil ... kemudian biarkan mereka putuskan samada mahu meneruskan pembelian atau tidak...jangan janjikan apa-apa pada customer kerana ini akan menyusahkan kita di kemudian hari..Penjelasan perlu untuk memberi peluang kepada customer menyesuaikan diri dengan sistem pembelian prepaid seperti ini.




SEKIRANYA, ANDA MEMBUAT PESANAN dan sudah menerima pengesahan pesanan dari MasterEload yang RP anda sudah ditolak ...JANGAN SEKALI-KALI memulangkan duit customer kerana sistem ini berfungsi secara automatik dan agak sukar untuk membatalkan pesanan ..sebb pesanan akan terus diproses dan dihantar ke TELCO pada masa yang lebih kurang sama pesanan kita diterima oleh MasterEload ... tu sebbnya Trisha tekankan terangkan dengan jelas bagaimana ianya berfungsi ...




Setakat ini, customer Trisha sudah memahami bagaimana Trisha menjual prepaid dan mereka cuma datang semula atau sms beritau Trisha yang reload tak dapat lagi selepas setengah jam mereka pesan ... kita hantar repot pada MasterEload samada dalam bentuk sms / hubungi mereka terus ..ikut mana yang kita selesa k!






REPOT YANG BAGAIMANA : Sekiranya, ada pengesahan pesanan , edit sedikit sms tu dgn tambhan ayat "TOLONG CEK NO NI TAK RELOAD LAGI , TQ " dan hantar ke mana-mana dari nombor di bawah :




TALIAN BANTUAN :


0123072600 (vivian)


0192076795 (derek)




Selain daripada itu, SEMAK SEMULA 'PRODUK LIST' YANG ADA DI KIT PERMULAAN TRISHA kerana anda masih mempunyai pilihan untuk memesan produk pin nombor bagi DIGI , MAXIS dan CELCOM .. jadi tengok pilihan mana yang bersesuaian samada AUTORELOAD atau PIN k!




Sebelum itu, Trisha ingin berkongsi dengan semua gambarajah BAGAIMANA MASTERELOAD BEROPERASI

Pertanyaan, berminat atau mahu menjadi AGEN PREPAID / MOBILE CENTRE MASTERELOAD, sila hubungi/sms ;
013 634 8761 ( Primary )
017 381 3200
ym : trisha_kyrill
JOM JENGUK BLOG EXTREMEMAN TRISHA'S GRUP untuk mengetahui biz Trisha terkini, pelbagai tawaran dan strategi Trisha untuk projek terbaru ini - http://www.extrememanworld.blogspot.com

This entry was posted on Wednesday, April 2, 2008 at 11:18 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment