MESEJ RALAT YANG DITERIMA DARI MASTERELOAD  

Posted by Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan in , ,


Akhirnya, Trisha berkesempatan untuk menyenaraikan mesej-mesej ralat yang telah dan bakal diterima oleh kengkawan , agen MASTERELOAD sekiranya menghantar arahan sms tidak mengikut format yang diberikan. Kita kena faham, mesej pesanan reload prepaid kita akan dibaca oleh komputer,justeru PENTING bagi kita menulis arahan sms yang betul sebelum ianya dihantar ke gateway server MASTERELOAD...

INVALID MEMBER :

Anda telah menulis password 4 digit yang salah, contohnya passoword anda 1234 tetapi anda menulis 3456. Biasanya mana-mana agen yang Trisha daftarkan Trisha letakkan password 4 digit merupakan 4 digit terakhir no henpon yang didaftarkan.

INVALID CODE ORDER :Anda telah menaip kod produk yang silap contohnya
Italk 10 ; kod : im10 tetapi anda taip im 10
Maxis 10 ; kod : a01210 / 01210 Tetapi anda taip a1210 dsbnya
Celcom 10; arahan sms : me 1234 01910 Tetapi anda taip me 1234 01910. ( tanda 'titik' menyebabkan sistem gagal membaca arahan anda)

INSUFFICIENT CREDIT :Anda tidak mempunyai kredit RP yang mencukupi untuk produk yang anda hendak pesan, contohnya;Anda ingin memesan maxis 10 tetapi baki RP dalam akaun anda ialah 9.95 jadi bila anda terus memesan anda akan menerima mesej ini.

CODE ORDER EXIST :Ini mesej yang kerap diterima oleh kita semua, agen Mastereload. Agen Trisha pun kerap bertanyakan soalan yang serupa walaupun Trisha telah mencatatkannya dalam Kit Permulaan MASTERELOAD Trisha.Mesej ini diterima kerana:
Kita telah menghantar arahan yang serupa pada tarikh yang sama contohnya:

Tarikh : 3/4/2008 , waktu: 10 pagi ; kod produk : a01210 ; hp: 0121234567
Tarikh : 3/4/2008 , waktu: 4 petang ; kod produk : a01210 ; hp: 0121234567
perasan tak , tarikh sama, kod produk sama, no henpon sama? yang berbeza cuma waktu memesan je

Jadi untuk kes camni, arahan sms untuk order kedua tu mustilah ditambah dengan 02 ; contohnya:me xxxx a01210 0121234567 02untuk pesanan ke 3 , tambah 03 dan seterusnya...

Begitu juga dengan produk celcom walaupun arahan sms tiada no henpon tapi perlu diletakkan 02 untuk pesanan ke 2 dan seterusnya 3

SYARAT: TARIKH, KOD PRODUK , HENPON MUSTI SAMA
Satu lagi, sekiranya kita menggunakan arahan vip dan me untuk nombor henpon sama,kod produk sama, tarikh sama ianya akan ditafsirkan oleh server sebagai 2 pesanan yang berbeza...jadi BERHATI-HATI bila nk membuat pesanan semula bagi top up yang sama agar customer tidak menerima top up dua kali padahal dier membayar sekali shaja.

KENAPA MASTERELOAD MEMBUAT PROSEDUR BEGINI?

1. Untuk mengelakkan kerugian pada agen agar tidak berlaku kes reload lebih dari sekali padahal agen cuma menerima satu kali pembayaran sahaja dari customer.

2. Untuk mengesahkan bahwa pesanan kita sudah diterima oleh server walaupun kita tidak menerima apa-apa sms pengesahan pesanan dari sistem

Jadi , untuk semua agen Trisha, jangan risau sekiranya anda menghantar 2 - 3 kali sms arahan pesanan kerana sistem akan menerima mesej sms anda itu sebagai sms yang sama dan tidak akan menambah nilai henpon customer anda 2 - 3 kali. Dengan syarat, anda MENGHANTAR SMS yang sama setiap kali sekiranya anda tidak yakin pesanan anda sudah diterima atau belom.

TIPS lain:
Mesej pengesahan pesanan dari Mastereload akan dihantar pada anda selepas order anda diterima oleh server. TETAPI perlu diingatkan itu adalah mesej pengesahan pesanan BUKAN pengesahan reload kerana itulah dalam sms tersbut ada dinyatakan reload akan dilakukan dalam masa setengah jam dari waktu pesanan diterima.

Tetapi jangan risau, sekiranya ader customer hendak berdolak-dalih mengatakan tiada reload diterima kerana syarikat boleh menghantar sms reload siap dengan no rujukan dari TELCO berkaitan sekiranya kita request via sms atau call.

Okei lar...Trisha harap tips-tips ini berguna untuk semua termasuk Trisha juga. Kalau ada sebarang komen / soalan gunakan saluran yang Trisha berikan ..k!

Pertanyaan, berminat atau mahu menjadi AGEN PREPAID / MOBILE CENTRE MASTERELOAD,sila hubungi/sms ;

013 634 8761 ( Primary )
017 381 3200
email : mastereload_trisha@yahoo.com
ym : trisha_kyrill

JOM JENGUK BLOG EXTREMEMAN TRISHA'S GRUP untuk mengetahui biz Trisha terkini, pelbagai tawaran dan strategi Trisha untuk projek terbaru ini - http://www.extrememanworld.blogspot.com

This entry was posted on Thursday, April 3, 2008 at 12:04 AM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment